Tuesday 26 February 2013

MAKANAN TRADISIONAL NEGERI SARAWAK


Sarawak adalah salah satu daripada dua negeri di pulau Borneo Malaysia. Dikenali sebagai Bumi kayangan ("Land of the Hornbills"). Sarawak juga terkenal dengan makanan bermacam-macam jenis dengan terdapat bahan yang munking tidak terdapat  di tempat kita dan memiliki pelbagai rasa yang sangat unit.

  Makanan- makanan yang terkenal di sarawak ialah Kek Lapis, laksa sarawak, mee kolok, mee kuching dan kueh tiaw tomato, manok pansoh, tebaloi, umai dan lain-lain.Kek lapis Sarawak merupakan sejenis kek/kuih yang paling popular di sarawak. Kek lapis ini sangat popular ketika sambutan perayaan di sarawak spt Hari Raya, Krismas, Gawai Dayak, dan tidak ketinggalan Tahun Baru Cina. Kek ini mempunyai berpuluh-puluh jenis corak atau pattern dan setiap jenis mempunyai nama tersendiri yang dicipta oleh orang yang mula-mula mencipta corak atau pattern kek itu. Harga kek juga bergantung kepada besar, jenis corak dan kepayahan membuat kek tersebut. Jadi semakin besar, semakin banyak corak, semakin susah membuat kek tersebut,maka semakin mahal harga kek tersebut. Jenis-jenis kek lapis yang terdapat di pasaran jenis roll, kipas, batik jawa, kristal,aiskrim anika, tulip, ketumpat dan bintik-bintik.

  Laksa sarawak 100 peratus berbeza daripada laksa-laksa di semenanjung baik dari segi 'mee' yang digunakan dan kuahnya. Laksa Sarawak, walaupun kuahnya nampak seperti kari, tetapi sebenarnya bukanlah seperti rasa mee kari. Laksa sarawak rasa lemak, dan dicampur dengan daging ayam rebus yang dicarik-carik, tauge rebus separuh masak, udang rebus, hirisan telur goreng dan beberapa bahan lain. Semasa dihidangkan,laksa sarawak dihidangkan bersama dengan sambal belacan dan limau kasturi.



  Mee Kolok pada asalnya bukanlah makanan asal bumiputra Sarawak.Mee kolok adalah makanan yg dibawa oleh masyarakat cina sarawak yg datang berhijrah ke sarawak. Oleh sebab itu mee kolok banyak dihidangkan di semua kedai makanan cina di Sarawak.Mee kolok antara mee yg popular di Sarawak, dan semakin terkenal di kalangan masyarakat Melayu, walau bagaimanapun tidak banyak kedai makanan Melayu yang menghidangkan mee kolok dan terdapat sedikit pengubahsuaian rasa hidangan. Terdapat beberapa istilah yang merujuk kepada mee kolok iaitu mee kolok (Melayu), Kampua (cina),Mi Rangkai dan mi kering (iban).


  Mee kuching dan kueh tiaw tomato,ini popular di kalangan masyarakat sarawak tetapi tidaklah sepopular Laksa Sarawak dan Mee Kolok. Kedua-dua jenis mee ini senang didapati di kedai makanan cina, dan restoran ataupun food court (halal) di shopping complex. Bagi Mee Kuching, mee ini banyak terdapat di Kuching dan juga dikenali sebagai Mee Dawai. Ini adalah disebabkan mee ini keras dan ranggup semasa dihidangkan




Manok Pansoh adalah sejenis makanan dimana ayam dimasak dalam buluh. Makanan ini merupakan makanan tradisional masyarakat Iban. Cara menyediakannya sama seperti menyediakan lemang di semenanjung.'Manok' bermaksudd ayam dan 'Pansoh' bermaksud dimasak dalam buluh. Dalam Bahasa Iban pula,dikenali sebagai 'Manuk Pansuh' ataupun ' Manuk Lulun'. Oleh sebab cara masakan ini berasal daripada masyarakat Iban, maka selain ayam bahan-bahan lain seperti daging babi dan ikan disediakan mengikut cara yang sama. Tebaloi merupakan sejenis biskut sagu yang merupakan sejenis makanan tradisional masyarakat Melanau. Bahan utama tebaloi ialah sagu. Makanan ini banyak dieksport ke luar negara dan merupakan salah satu makanan tradisional sarawak yang mempunyai permintaan yang tinggi. Umai merupakan sejenis makanan tradisional masyarakat Melanau. Umai juga dikenali sebagai 'Sushi Sarawak' kerana disediakan daripada ikan mentah. Ikan mentah dibersihkan dan diambil isinya dan diperap bersama limau dan bawang merah. Terdapat juga dicampur dengan hirisan cili mentah dan beberapa bahan sampingan lain. Umai yang paling biasa dijumpa adalah Umai Ikan. Umai lebih sedap jika dihidangkan terus setelah disediakan atau dihidangkan sejuk setelah disimpan dalam peti sejuk.

   Makanan di sarawak sangat unik dan sukar untuk di dapati. Makanan sarawak melambangkan kebudayaan orang sarawak dan melambangkan negeri tersebut serta cara pemakanan orang sarawak. Makanan - makanan sarawak sangat istimewa sehingga boleh menarik pelancong dari luar negara dan di dalam negara untuk menikmatinya.

Post by Kang Q Ying

6 comments:

  1. it is hard to find in other places. although some stalls sell, there is a difference in taste even look like the same. For example:Kolo Mee , Ikan Terubuk, Rojak and more. I have never seen a great recipe from The Melanau called Umai. Although many of my neighbors have lived in Sarawak, his Umai is not the same as that found in Sarawak. you must come to try it. smile

    ReplyDelete
  2. yes...actually mee kolok bukanlah asal daripada kaum bumiputra,it's come from the chinese.(sarawak Awesome)

    ReplyDelete
  3. memang sedap o ni mee kolok...

    ReplyDelete
  4. Kenapa gambar x boleh tgk?

    ReplyDelete
  5. mee kolok. .Shall I say .. 1 in a million?hehheee

    ReplyDelete
  6. semua nya favourite saya..memang sedap...

    ReplyDelete