Sarawak
adalah salah satu daripada dua negeri di pulau Borneo Malaysia. Dikenali
sebagai Bumi kayangan ("Land of the Hornbills"). Sarawak juga
terkenal dengan makanan bermacam-macam jenis dengan terdapat bahan yang munking tidak terdapat di tempat kita dan
memiliki pelbagai rasa yang sangat unit.
Makanan- makanan yang terkenal di sarawak
ialah Kek Lapis, laksa sarawak, mee kolok, mee kuching dan kueh tiaw tomato,
manok pansoh, tebaloi, umai dan lain-lain.Kek lapis Sarawak merupakan sejenis
kek/kuih yang paling popular di sarawak. Kek lapis ini sangat popular ketika
sambutan perayaan di sarawak spt Hari Raya, Krismas, Gawai Dayak, dan tidak
ketinggalan Tahun Baru Cina. Kek ini mempunyai berpuluh-puluh jenis corak atau pattern
dan setiap jenis mempunyai nama tersendiri yang dicipta oleh orang yang
mula-mula mencipta corak atau pattern kek itu. Harga kek juga bergantung kepada
besar, jenis corak dan kepayahan membuat kek tersebut. Jadi semakin besar,
semakin banyak corak, semakin susah membuat kek tersebut,maka semakin mahal
harga kek tersebut. Jenis-jenis kek lapis yang terdapat di pasaran jenis roll,
kipas, batik jawa, kristal,aiskrim anika, tulip, ketumpat dan bintik-bintik.
Laksa sarawak 100 peratus berbeza
daripada laksa-laksa di semenanjung baik dari segi 'mee' yang digunakan dan
kuahnya. Laksa Sarawak, walaupun kuahnya nampak seperti kari, tetapi sebenarnya
bukanlah seperti rasa mee kari. Laksa sarawak rasa lemak, dan dicampur dengan
daging ayam rebus yang dicarik-carik, tauge rebus separuh masak, udang rebus,
hirisan telur goreng dan beberapa bahan lain. Semasa dihidangkan,laksa sarawak
dihidangkan bersama dengan sambal belacan dan limau kasturi.
Mee Kolok pada asalnya bukanlah makanan asal
bumiputra Sarawak.Mee kolok adalah makanan yg dibawa oleh masyarakat cina
sarawak yg datang berhijrah ke sarawak. Oleh sebab itu mee kolok banyak
dihidangkan di semua kedai makanan cina di Sarawak.Mee kolok antara mee yg
popular di Sarawak, dan semakin terkenal di kalangan masyarakat Melayu, walau
bagaimanapun tidak banyak kedai makanan Melayu yang menghidangkan mee kolok dan
terdapat sedikit pengubahsuaian rasa hidangan. Terdapat beberapa istilah yang
merujuk kepada mee kolok iaitu mee kolok (Melayu), Kampua (cina),Mi Rangkai dan
mi kering (iban).
Mee
kuching dan kueh tiaw tomato,ini popular di kalangan masyarakat sarawak tetapi
tidaklah sepopular Laksa Sarawak dan Mee Kolok. Kedua-dua jenis mee ini senang
didapati di kedai makanan cina, dan restoran ataupun food court (halal) di
shopping complex. Bagi Mee Kuching, mee ini banyak terdapat di Kuching dan juga
dikenali sebagai Mee Dawai. Ini adalah disebabkan mee ini keras dan ranggup
semasa dihidangkan
Manok Pansoh adalah sejenis makanan dimana
ayam dimasak dalam buluh. Makanan ini merupakan makanan tradisional masyarakat
Iban. Cara menyediakannya sama seperti menyediakan lemang di
semenanjung.'Manok' bermaksudd ayam dan 'Pansoh' bermaksud dimasak dalam buluh.
Dalam Bahasa Iban pula,dikenali sebagai 'Manuk Pansuh' ataupun ' Manuk Lulun'.
Oleh sebab cara masakan ini berasal daripada masyarakat Iban, maka selain ayam
bahan-bahan lain seperti daging babi dan ikan disediakan mengikut cara yang
sama. Tebaloi merupakan sejenis biskut sagu yang merupakan sejenis makanan
tradisional masyarakat Melanau. Bahan utama tebaloi ialah sagu. Makanan ini
banyak dieksport ke luar negara dan merupakan salah satu makanan tradisional
sarawak yang mempunyai permintaan yang tinggi. Umai merupakan sejenis makanan
tradisional masyarakat Melanau. Umai juga dikenali sebagai 'Sushi Sarawak'
kerana disediakan daripada ikan mentah. Ikan mentah dibersihkan dan diambil
isinya dan diperap bersama limau dan bawang merah. Terdapat juga dicampur
dengan hirisan cili mentah dan beberapa bahan sampingan lain. Umai yang paling
biasa dijumpa adalah Umai Ikan. Umai lebih sedap jika dihidangkan terus setelah
disediakan atau dihidangkan sejuk setelah disimpan dalam peti sejuk.
Makanan di sarawak sangat unik dan sukar
untuk di dapati. Makanan sarawak melambangkan kebudayaan orang sarawak dan
melambangkan negeri tersebut serta cara pemakanan orang sarawak. Makanan -
makanan sarawak sangat istimewa sehingga boleh menarik pelancong dari luar
negara dan di dalam negara untuk menikmatinya.
Post by Kang Q Ying
Post by Kang Q Ying
it is hard to find in other places. although some stalls sell, there is a difference in taste even look like the same. For example:Kolo Mee , Ikan Terubuk, Rojak and more. I have never seen a great recipe from The Melanau called Umai. Although many of my neighbors have lived in Sarawak, his Umai is not the same as that found in Sarawak. you must come to try it. smile
ReplyDeleteyes...actually mee kolok bukanlah asal daripada kaum bumiputra,it's come from the chinese.(sarawak Awesome)
ReplyDeletememang sedap o ni mee kolok...
ReplyDeleteKenapa gambar x boleh tgk?
ReplyDeletemee kolok. .Shall I say .. 1 in a million?hehheee
ReplyDeletesemua nya favourite saya..memang sedap...
ReplyDelete