Monday 25 February 2013

MAKANAN TRADISIONAL NEGERI TERENGGANU


Assalamualaikum..Dalam blog ni, saya akan berkongsi sedikit tentang tradisi makanan bagi negeri Terengganu, iaitu Nasi Dagang. Dimana Nasi Dagangi ni sangat terkenal di Terengganu, malah menjadi salah satu daya tarikan pelancong untuk datang ke Terengganu. Nasi Dagang juga menjadi buah mulut orang ramai tentang keenakan dan keunikan rasanya..

NASI DAGANG NEGERI TERENGGANU..!!!


Nasi dagang sememangnya terkenal dan merupakan hidangan istimewa di negeri pantai timur khususnya Negeri Terengganu “kiter”. Kebiasaannya nasi dagang asli Terengganu diperbuat daripada campuran beras pulut dan di masak bersama-sama santan. Hidangan ini biasanya dihidangkan dengan gulai istimewa yang di masak dengan rempah khas. Rasanya pun berlainan daripada kari biasa, kerana ikan yang digunakan dari jenis ikan “aya hitam” atau bahasa mudah ikan tongkol, dan ditambah keceriaannya lagi, dengan acar timun.

 Mengikut sumber yang saya perolehi daripada google, asalnya kenapa di namakan nasi dagang kerana nasi ini cuma mempunyai satu lauk sahaja,  iaitu gulai ikan tongkol. Selain itu, nasi dagang juga mudah disediakan untuk para pedagang pada zaman dahulu untuk pergi berdagang tanpa perlu  menyediakan lauk pauk yang banyak.

Nasi dagang bukan sahaja terkenal di negeri Terengganu, malah di negeri lain juga mempunyai gaya penyediaannya tersendiri yang diolah daripada nasi dagang asli Terengganu. Antara nasi dagang yang terkenal dari negeri lain juga ialah Nasi Dagang Johor, dan Kelantan. Perbezaan nasi dagang Kelantan dengan Terengganu ialah nasi dagang Kelantan biasanya bewarna coklat kerana menggunakan beras berbeza yang dikenali sebagai ‘beras dagang’. Di negeri Johor pula, nasi dagangnya menggunakan kuah laksa sebagai kuah pilihan, berbeza dengan negeri Terengganu yang mengenakan gulai ikan tongkol sebagai kuah.

Okey! Itu sahaja yang dapat saya kongsikan tentang Nasi Dagang Terengganu. Akhir kata, bagi mereka yang tidak pernah merasa keenakan nasi dagang asli negeri Terengganu, anda bolehlah datang melawat keTerengganu bersama keluarga atau rakan untuk menikmatinya..! Sememangnya, terdapat banyak restoran di negeri Terengganu yang menyajikan nasi dagang, terutamanya di daerah Marang, Terengganu.  














Posted by : SITI NOOR ZULAINI BT SETAPA 

No comments:

Post a Comment