Monday 25 February 2013

MAKANAN TRADISIONAL NEGERI SABAH

Makanan bagi sesuatu kaum merupakan identity dan pengenalan bagi sesuatu kaum. Terdapat banyak jenis makanan dalam masyarakat Kadazan dusun. Biasanya kita dapat melihat pelbagai jenis hidangan ini di musim perayaan seperti Pesta Kaamatan yang dirayakan setiap tahun iaitu 30 dan 31 Mei. Selain perayaan, biasanya suku kaum Kadazan dusun yang tinggal di kampung, masih mengamalkan cara masakan atau hidangan secara tradisional ini. 



Kita juga dapat melihat dan merasa hidangan seumpama ini pada masa upacara seperti perkahwinan dan majlis lain di adakan oleh suku kaum Kadazan dusun.




Sesungguhnya makanan tradisional bagi kaum Kadazan dusun ini amat berbeza dari kaum yang lain terdapat di negeri Sabah. Selain makanan ini lazat, sudah tentu ianya juga mempunyai keunikannya yang tersendiri.Masyarakat Sabah telah dianugerahkan dengan pelbagai jenis makanan. Ini adalah kerana keadaan semulajadi bentuk muka buminya banyak membekalkan sumber pencarian makanan. 


Contohnya, laut dan sungai yang dibekalkan dengan pelbagai jenis ikan, udang dan sebagainya, hutan rimba yang ditumbuhi dengan pelbagai jenis tumbuhan liar, herba, buah-buahan dan di diami pelbagai jenis hidupan liar. Masyarakat tempatan Sabah telah memperkenalkan pelbagai jenis makanan tradisi. Kebiasaan ini diamalkan oleh lebih dari tiga puluh golongan etnik yang mana lebih dipengaruhi dengan cara hidup dan keadaan persekitaran tempat tinggal etnik tertentu. 

Masyarakat kaum Kadazan dusun di Sabah telah mengamalkan cara pemakanan Tradisi sejak turun-temurun dan masih diamalkan sehingga hari ini. Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazan dusun ialah Hinava, Noonsom, Pinaasakandan Sup ManukLihing. Makanan-makanan ini dapat disediakan dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi Kaum Kadazan dusun. Antara makanan-makanan tradisional yang ‘Famous’ di sabah ialah seperti dua gambar yang ditunjukkan di atas. Bagi gambar yang pertama ialah dipanggil ‘Ambuyat’ atau lebih dikenali sebagai Sagu. Makanan ini diperbuat daripada bebola sagu. Ia boleh disediakan dalam 2 langkah. Letak air panas, kacau. Dan boleh terus dimakan. Jika hendak lebih sedap, boleh dimakan dengan kuah kari, sambal dan macam-macam lagi, mengikut kehendak sendiri. Gambar yang kedua pula dipanggil ‘Hinava’.


Dengan nama lain pula, ‘Kadazan homemade sushi’! Konsep makanan tersebut hamper sama dengan Sushi, tetepi kenalah letak beberapa bahan-bahan serta ramuan yang lain agar menambah rasa makanan tersebut. Selain itu, banyak lagi makanan tradisional yang terdapat di Sabah seperti Kuih cincin, Tuhau(Sabah homemade sambal), Bambangan(Jeruk manga), dan macam-macam lagi. Aramaiti!


Posted by,
Mohd Fadzlini Bin Ghani

No comments:

Post a Comment