Gulai
asam rom atau rong ni kurang dikenali tapi ramai yang tahu namanya, makanan
orang negeri Pahang, terutama popular di sebelah Jerantut. Kalau masak lemak
cili api yang terkenal di Negeri Sembilan tu orang kata pedas tapi gulai asam
rom ni lagi pedas begitu la sifat-sifat Gulai Asam Rom. Gulai asam rom
diperbuat daripada buah perah atau biji getah yang dijemur sehingga kering dan
di tumbuk serta di peram selama lebih kurang satu bulan. Ia dimasak bersama
beberapa bahan tertentu seperti pucuk paku, keledek, buah jambal, daun jambal,
terung pipit, terung telunjuk, daun kesing, keladi dan kacang botol. Kunyit
hidup pula ditumbuk bersama cili padi bagi menambah rasa pedasnya. Masakan ini
hanya boleh ditemui di kawasan Jerantut dan amat terkenal di sebelah Tembeling.
Ia menjadi makanan yang amat digemari bagi penduduk di sana, malahan kini ianya
semakin terkenal di kalangan pelancong yang berkunjung ke Kuala Tahan.
Puding Raja sememangnya terkenal di negeri Pahang. Untuk
menyediakan kuah puding ukul kuning telur bersama susu cair/sejat dan air.
Tapis untuk membuang pusat putih telur. Masukkan gula dan kacau sehingga gula
larut. Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat.
Masukkan sedikit esen vanila. Cara menghidang pula, perlu aturkan pisang goreng
2-3 lapis di dalam mangkuk dan taburkan jala emas. Kemudian aturkan buah prun,
ceri dan biji gajus. Tuangkan kuah ke atasnya apabila hendak dimakan.
Posted by : Tan Chiew Sia
best nyer.... bila la dpt mkn puding raja tu..
ReplyDeletemantabs nech makanan, but belum tahu rasa
ReplyDeletehttp://www.teampersebayasurabaya1927.blogspot.com