Monday 25 February 2013

MAKANAN TRADISIONAL NEGERI SEMBILAN


Masakan tradisional Negeri Sembilan yang terkenal dengan cita rasa eksotiknya mampu menjadi produk pelancongan jika pengusaha hotel dan resort menyajikannya sebagai menu utama tarikan di restoran mereka.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, negeri ini kaya dengan pelbagai jenis masakan tradisional termasuk buah-buahan tempatan yang sewajarnya diperkenalkan kepada pelancong domestik mahupun asing.


Di antara makanan tradisional Negeri Sembilan yag terkenal ialah rendang. Di dalam penyediaan rendang, terdapat beberapa jenis bahan yang boleh dibuat rendang. Bahan-bahan tersebut terdiri daripada daging, kerang, burung dan sebagainya. Rendang daging biasanya tidak dicampurkan dengan bahan-bahan sampingan. Namun begitu dalam keadaan tertentu, terdapat juga bahan-bahan seperti nangka, maman dan pucuk ubi. 

Rendang dimasak sehingga kering dan tidak langsung berkuah (berderai). Jenis daging yang baik untuk membuat rendang ialah daging kerbau, ayam, itik, burung, pelanduk, napuh, kijang dan rusa kecuali daging lembu. Ini adalah kerana akan menjadi kurang cantik kerana sukar untuk kering di mana dagingnya mempunyai banyak air. Rendang yang dimasak dengan cara yang betul boleh disimpan lama seperti rendang kerbau di Rembau.

Terdapat juga makanan tradisional lain di negeri ini, antaranya ialah kuih apam johol. Apam Johol dahulunya dikenali sebagai apam daun rambai, kerana proses pembuatannya menggunakan daun pokok itu. Ia dikatakan berasal dari Johol kerana terdapat banyak pengusaha dan pembuat makanan itu. Apam Johol sering kali dijadikan juadah minum petang termasuk pada majlis-majlis rasmi kerajaan negeri sehinggakan ada yang merasakan tidak lemgkap sesuatu juadah itu tanpa kehadiran apam Johol.

Apam ini juga mampu menarik sesiapa sahaja dengan baunya yang wangi, bentuknya yang gebu dan lembut, selain rasanya yang tidak terlalu manis. Selain itu, apam ini mempunyai sedikit rekahan di bahagian atas dan sangat enak dimakan bersama kuah sambal, rendang, bubur kacang, kuah daging dan kuah durian.


Posted by,
MOHD IMRAN BIN RAMLI



No comments:

Post a Comment