Perak
terkenal dengan makanan pelbagai kaumnya yang sedap seperti Mi Rebus, Rendang
Tok, Satay, Nasi Kandar, Muruku, Ayam Taugeh, Kacang Puteh, Kopi Puteh dan
banyak lagi. Setiap daerah di negeri ini memiliki keunikan makanannya yang
tersendiri. Selain itu, buah-buahan seperti durian dan Limau Tambun amat
sinonim dengan negeri bertuah ini. Durian di Perak terutama di Bukit Gantang
unik kerana isinya tidak begitu kuning tetapi manis.
Di
Ipoh, kebanyakan makanan yang popular ialah makanan yang bercirikan masyarakat
Cina seperti Kopi Puteh, Ayam Taugeh dan Chee Cheong Fun. Kebanyakan makanan
Cina ini boleh didapati di Pekan Lama Ipoh atau kopitiam-kopitiam. Kopi Puteh
di Ipoh sebenarnya bukanlah berwarna putih seperti dimaksudkan tetapi kopi
hitam yang mengeluarkan aroma berlainan kopi lain dan berbuih perang
keputih-putihan.
Namun
begitu, terdapat juga makanan masyarakat India yang terkenal di sini seperti
Nasi Kandar dan Kacang Puteh. Nasi Kandar atau lebih dikenali sebagai 'Nasi Ganja'
paling sedap dan digemari oleh orang-orang Ipoh ialah di Kedai Vanggey di Jalan
Yang Kalsom dan Medan Selera Dato'Sagor. Untuk merasai masakan Melayu, jangan
lepaskan peluang untuk menikmati Mi Rebus di Restoran Mi Rebus Ramli dan Ikan
Bakar di Restoran Tasik Raban yang tersohor dengan masakan kampung. Bagi yang
ingin jimat, anda boleh menjamu selera di Medan Selera Stadium di mana
terdapatnya Nasi Ekonomi dan Nasi Berlauk Ayam yang hanya berharga RM2.
Kalau
berkunjung ke Taiping, Mi Udang Banjir di Kuala Sepetang menjadi sebutan dan
menu santapan. Kedudukan Kuala Sepetang yang berhampiran dengan Selat
Melaka membolehkan ia menjadi syurga makanan laut seperti Mi Udang dan Nasi
Goreng Udang. Makanan ini amat senang didapati di gerai-gerai sepanjang jalan
Taiping-Kuala Sepetang. Harga makananya juga adalah mengikut saiz udang dari
RM6-RM15. Gerai Mi Udang yang popular di sini ialah Gerai Mak Teh. Makanan laut
juga boleh didapati di Lumut dan Parit Buntar.
Selain
makanan laut, Taiping juga terkenal dengan cendol. Cendol yang popular di
bandar ini ialah di Gerai Cendol Bismillah, Jalan Stesen dan Cendol Kamunting.
Minuman manis ini juga amat terkenal di Kuala Kangsar dan Ipoh. Di Kuala
Kangsar, cendol ini dijadikan juadah menjamu selera bersama-sama Laksa Kuala
Kangsar yang lazat. Pengunjung boleh menikmati kedua-dua makanan ini di Medan
Selera Kuala Kangsar dengan melihat pemandangan indah tebing Sungai Perak.
Mengenai laksa, Laksa Kuala Kangsar ini mempunyai kelainan dari laksa
tempat lain dari segi kepekatan kuahnya.
Rendang
Tok merupakan makanan tradisi Perak. Ia tidak asing lagi dalam masyarakat
Melayu terutama di Lembah Sungai Perak dari Kuala Kangsar hingga Teluk Intan.
Makanan ini diperbuat daripada daging yang dipotong dadu. Kebiasaannya masakan
tradisi ini sering dimakan bersama lemang, lebih-lebih lagi semasa Hari Raya
Aidilfitri.
Rendang
Tok, makanan tradisi popular dan istimewa di Perak
Chee
Cheong Fun, makanan istimewa kaum Cina di Perak
Nasi kandar, makanan popular kaum India. Kesukaan ramai
termasuk kaum Melayu dan Cina.Sangat masyhur di Perak.
Posted by : Neevaarthana a/p subramaniam