Tuesday 26 February 2013

MAKANAN TRADISIONAL NEGERI PAHANG



Gulai asam rom atau rong ni kurang dikenali tapi ramai yang tahu namanya, makanan orang negeri Pahang, terutama popular di sebelah Jerantut. Kalau masak lemak cili api yang terkenal di Negeri Sembilan tu orang kata pedas tapi gulai asam rom ni lagi pedas begitu la sifat-sifat Gulai Asam Rom. Gulai asam rom diperbuat daripada buah perah atau biji getah yang dijemur sehingga kering dan di tumbuk serta di peram selama lebih kurang satu bulan. Ia dimasak bersama beberapa bahan tertentu seperti pucuk paku, keledek, buah jambal, daun jambal, terung pipit, terung telunjuk, daun kesing, keladi dan kacang botol. Kunyit hidup pula ditumbuk bersama cili padi bagi menambah rasa pedasnya. Masakan ini hanya boleh ditemui di kawasan Jerantut dan amat terkenal di sebelah Tembeling. Ia menjadi makanan yang amat digemari bagi penduduk di sana, malahan kini ianya semakin terkenal di kalangan pelancong yang berkunjung ke Kuala Tahan.



Puding Raja sememangnya terkenal di negeri Pahang. Untuk menyediakan kuah puding ukul kuning telur bersama susu cair/sejat dan air. Tapis untuk membuang pusat putih telur. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. Masukkan sedikit esen vanila. Cara menghidang pula, perlu aturkan pisang goreng 2-3 lapis di dalam mangkuk dan taburkan jala emas. Kemudian aturkan buah prun, ceri dan biji gajus. Tuangkan kuah ke atasnya apabila hendak dimakan.

Posted by : Tan Chiew Sia



MAKANAN TRADISIONAL NEGERI PERAK


Perak terkenal dengan makanan pelbagai kaumnya yang sedap seperti Mi Rebus, Rendang Tok, Satay, Nasi Kandar, Muruku, Ayam Taugeh, Kacang Puteh, Kopi Puteh dan banyak lagi. Setiap daerah di negeri ini memiliki keunikan makanannya yang tersendiri. Selain itu, buah-buahan seperti durian dan Limau Tambun amat sinonim dengan negeri bertuah ini. Durian di Perak terutama di Bukit Gantang unik kerana isinya tidak begitu kuning tetapi manis.

Di Ipoh, kebanyakan makanan yang popular ialah makanan yang bercirikan masyarakat Cina seperti Kopi Puteh, Ayam Taugeh dan Chee Cheong Fun. Kebanyakan makanan Cina ini boleh didapati di Pekan Lama Ipoh atau kopitiam-kopitiam. Kopi Puteh di Ipoh sebenarnya bukanlah berwarna putih seperti dimaksudkan tetapi kopi hitam yang mengeluarkan aroma berlainan kopi lain dan berbuih perang keputih-putihan.

Namun begitu, terdapat juga makanan masyarakat India yang terkenal di sini seperti Nasi Kandar dan Kacang Puteh. Nasi Kandar atau lebih dikenali sebagai 'Nasi Ganja' paling sedap dan digemari oleh orang-orang Ipoh ialah di Kedai Vanggey di Jalan Yang Kalsom dan Medan Selera Dato'Sagor. Untuk merasai masakan Melayu, jangan lepaskan peluang untuk menikmati Mi Rebus di Restoran Mi Rebus Ramli dan Ikan Bakar di Restoran Tasik Raban yang tersohor dengan masakan kampung. Bagi yang ingin jimat, anda boleh menjamu selera di Medan Selera Stadium di mana terdapatnya Nasi Ekonomi dan Nasi Berlauk Ayam yang hanya berharga RM2. 

Kalau berkunjung ke Taiping, Mi Udang Banjir di Kuala Sepetang menjadi sebutan dan menu santapan.  Kedudukan Kuala Sepetang yang berhampiran dengan Selat Melaka membolehkan ia menjadi syurga makanan laut seperti Mi Udang dan Nasi Goreng Udang. Makanan ini amat senang didapati di gerai-gerai sepanjang jalan Taiping-Kuala Sepetang. Harga makananya juga adalah mengikut saiz udang dari RM6-RM15. Gerai Mi Udang yang popular di sini ialah Gerai Mak Teh. Makanan laut juga boleh didapati di Lumut dan Parit Buntar.

Selain makanan laut, Taiping juga terkenal dengan cendol. Cendol yang popular di bandar ini ialah di Gerai Cendol Bismillah, Jalan Stesen dan Cendol Kamunting. Minuman manis ini juga amat terkenal di Kuala Kangsar dan Ipoh. Di Kuala Kangsar, cendol ini dijadikan juadah menjamu selera bersama-sama Laksa Kuala Kangsar yang lazat. Pengunjung boleh menikmati kedua-dua makanan ini di Medan Selera Kuala Kangsar dengan melihat pemandangan indah tebing Sungai Perak. Mengenai laksa, Laksa Kuala Kangsar  ini mempunyai kelainan dari laksa tempat lain dari segi kepekatan kuahnya.

 Rendang Tok merupakan makanan tradisi Perak. Ia tidak asing lagi dalam masyarakat Melayu terutama di Lembah Sungai Perak dari Kuala Kangsar hingga Teluk Intan. Makanan ini diperbuat daripada daging yang dipotong dadu. Kebiasaannya masakan tradisi ini sering dimakan bersama lemang, lebih-lebih lagi semasa Hari Raya Aidilfitri.



      Rendang Tok, makanan tradisi popular dan istimewa di Perak




          Chee Cheong Fun, makanan istimewa kaum Cina di Perak


          Nasi kandar, makanan popular kaum India. Kesukaan ramai termasuk kaum Melayu dan Cina.Sangat masyhur di Perak.

Posted by : Neevaarthana a/p subramaniam

VARIASI MAKANAN DI MALAYSIA


MAKANAN TRADISIONAL NEGERI SARAWAK


Sarawak adalah salah satu daripada dua negeri di pulau Borneo Malaysia. Dikenali sebagai Bumi kayangan ("Land of the Hornbills"). Sarawak juga terkenal dengan makanan bermacam-macam jenis dengan terdapat bahan yang munking tidak terdapat  di tempat kita dan memiliki pelbagai rasa yang sangat unit.

  Makanan- makanan yang terkenal di sarawak ialah Kek Lapis, laksa sarawak, mee kolok, mee kuching dan kueh tiaw tomato, manok pansoh, tebaloi, umai dan lain-lain.Kek lapis Sarawak merupakan sejenis kek/kuih yang paling popular di sarawak. Kek lapis ini sangat popular ketika sambutan perayaan di sarawak spt Hari Raya, Krismas, Gawai Dayak, dan tidak ketinggalan Tahun Baru Cina. Kek ini mempunyai berpuluh-puluh jenis corak atau pattern dan setiap jenis mempunyai nama tersendiri yang dicipta oleh orang yang mula-mula mencipta corak atau pattern kek itu. Harga kek juga bergantung kepada besar, jenis corak dan kepayahan membuat kek tersebut. Jadi semakin besar, semakin banyak corak, semakin susah membuat kek tersebut,maka semakin mahal harga kek tersebut. Jenis-jenis kek lapis yang terdapat di pasaran jenis roll, kipas, batik jawa, kristal,aiskrim anika, tulip, ketumpat dan bintik-bintik.

  Laksa sarawak 100 peratus berbeza daripada laksa-laksa di semenanjung baik dari segi 'mee' yang digunakan dan kuahnya. Laksa Sarawak, walaupun kuahnya nampak seperti kari, tetapi sebenarnya bukanlah seperti rasa mee kari. Laksa sarawak rasa lemak, dan dicampur dengan daging ayam rebus yang dicarik-carik, tauge rebus separuh masak, udang rebus, hirisan telur goreng dan beberapa bahan lain. Semasa dihidangkan,laksa sarawak dihidangkan bersama dengan sambal belacan dan limau kasturi.



  Mee Kolok pada asalnya bukanlah makanan asal bumiputra Sarawak.Mee kolok adalah makanan yg dibawa oleh masyarakat cina sarawak yg datang berhijrah ke sarawak. Oleh sebab itu mee kolok banyak dihidangkan di semua kedai makanan cina di Sarawak.Mee kolok antara mee yg popular di Sarawak, dan semakin terkenal di kalangan masyarakat Melayu, walau bagaimanapun tidak banyak kedai makanan Melayu yang menghidangkan mee kolok dan terdapat sedikit pengubahsuaian rasa hidangan. Terdapat beberapa istilah yang merujuk kepada mee kolok iaitu mee kolok (Melayu), Kampua (cina),Mi Rangkai dan mi kering (iban).


  Mee kuching dan kueh tiaw tomato,ini popular di kalangan masyarakat sarawak tetapi tidaklah sepopular Laksa Sarawak dan Mee Kolok. Kedua-dua jenis mee ini senang didapati di kedai makanan cina, dan restoran ataupun food court (halal) di shopping complex. Bagi Mee Kuching, mee ini banyak terdapat di Kuching dan juga dikenali sebagai Mee Dawai. Ini adalah disebabkan mee ini keras dan ranggup semasa dihidangkan




Manok Pansoh adalah sejenis makanan dimana ayam dimasak dalam buluh. Makanan ini merupakan makanan tradisional masyarakat Iban. Cara menyediakannya sama seperti menyediakan lemang di semenanjung.'Manok' bermaksudd ayam dan 'Pansoh' bermaksud dimasak dalam buluh. Dalam Bahasa Iban pula,dikenali sebagai 'Manuk Pansuh' ataupun ' Manuk Lulun'. Oleh sebab cara masakan ini berasal daripada masyarakat Iban, maka selain ayam bahan-bahan lain seperti daging babi dan ikan disediakan mengikut cara yang sama. Tebaloi merupakan sejenis biskut sagu yang merupakan sejenis makanan tradisional masyarakat Melanau. Bahan utama tebaloi ialah sagu. Makanan ini banyak dieksport ke luar negara dan merupakan salah satu makanan tradisional sarawak yang mempunyai permintaan yang tinggi. Umai merupakan sejenis makanan tradisional masyarakat Melanau. Umai juga dikenali sebagai 'Sushi Sarawak' kerana disediakan daripada ikan mentah. Ikan mentah dibersihkan dan diambil isinya dan diperap bersama limau dan bawang merah. Terdapat juga dicampur dengan hirisan cili mentah dan beberapa bahan sampingan lain. Umai yang paling biasa dijumpa adalah Umai Ikan. Umai lebih sedap jika dihidangkan terus setelah disediakan atau dihidangkan sejuk setelah disimpan dalam peti sejuk.

   Makanan di sarawak sangat unik dan sukar untuk di dapati. Makanan sarawak melambangkan kebudayaan orang sarawak dan melambangkan negeri tersebut serta cara pemakanan orang sarawak. Makanan - makanan sarawak sangat istimewa sehingga boleh menarik pelancong dari luar negara dan di dalam negara untuk menikmatinya.

Post by Kang Q Ying

Monday 25 February 2013

MAKANAN TRADISIONAL NEGERI PULAU PINANG


Laksa merupakan sejenis makanan berkuah seperti mi yang popular di Malaysia dan Singapura. Ia dikatakan berasal dari orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Peranakan). Bagaimanapun setiap daerah mempunyai kuah khas yang dimakan bersama laksa memberikan nama yang tersendiri menurut di mana ia disediakan. Laksa Penang amat popular di Pulau Pinang.


Laksa terbaik di Pulau Pinang berbeza-beza mengikut kepada siapa anda bertanya di Pulau Pinang. Sesetengah orang akan memberitahu anda bahawa laksa terbaik adalah di Balik Pulau, manakala yang lain akan memberitahu anda ia adalah di Air Itam. Secara peribadi, saya harus mengakui bahawa saya tidak pernah rasa laksa Balik Pulau lagi tetapi jika laksa itu seperti  laksa Air Itam, rasa kedua-duanya sangat menggerunkan.

Apakah laksa Pulau Pinang? Laksa Pulau Pinang juga dikenali sebagai asam laksa, datang dari pulau Malaysia, Pulau Pinang. Ia dibuat dengan sup ikan kembung dan ciri utama yang membezakan adalah asam atau asam jawa yang memberikan sup rasa masam. Ikan direbus dan kemudian dikisar. Bahan-bahan lain yang memberikan laksa Pulau Pinang rasa tersendiri termasuk serai, lengkuas dan cili. Hiasan makanan biasa termasuklah hirisan pudina, nenas, bawang dihiris nipis, 'ha-ko', petis udang dan penggunaan kantan.

Posted by: Adam Miskan

MAKANAN TRADISIONAL NEGERI JOHOR


Johor merupakan salah satu negeri yang mempunyai budaya yang paling unik, sedangkan budaya Johor telah dipengaruhi oleh budaya tanah Melayu, budaya Jawa dan juga budaya Sumatera. Masakan Melayu bukan saja dimakan oleh masyarakat Melayu, malah bangsa lain juga. Banyak makanan yang boleh dapati di Johor. Antaranya ialah lontong (ketupat yang dipotong 4 segi dicampur dengan sayuran bersama santan), otak-otak (Isi ikan campur dengan santan kelapa dan digaul dengan lada, bawang, halia, udang kering dan bahannya yang dibungkus dengan daun pisang atau kelapa dan dibakar ataupun dikukus) dan sebagainya.

Lontong Jawa ni dikatakan berasal dari masyarakat jawa tengah di panggil "Tepo" boleh dikatakan sama macam nasi impit biasa tu cuma Lontong jawa di bungkus dengan daun pisang, bagi membangkitkan rasa dan aroma bau daun yang berlainan dari lontong biasa.. Lontong jawa sedap dimakan dengan Sayur Lodeh ataupun dinamakan sebagai Kuah Masak lodeh.


Sekarang lain sikit resepinya…walau bagaimanapun ia menggunakan resepi yang sama cuma tambah sambal kacang sahaja. Kebanyakan masyarakat kini selalu menyatakan makanan lontong ini sesuai dimakan ketika hari raya puasa sahaja. Hakikatnya makanan ini popular sejak turun temurun plus zaman berzaman cuma ia lebih popular dan mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan rakyat Malaysia ketika musim perayaan Idil Fitri.




Posted by,
Izzati Liyana binti Muhamad Isa

MAKANAN TRADISIONAL NEGERI KELANTAN


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

Apabila bercakap mengenai warisan negeri diseluruh Malaysia, sudah semestinya disetiap negeri itu akan ada sesuatu yang istimewa mengenai negeri tersebut. Di mana, keistimewaan itulah yang akan menjadi simbolik dan suatu tarikan kepada masyarakat sekeliling.

Disetiap negeri diseluruh negara terutamanya negara kita pasti mempunyai sesuatu yang melambangkan keistimewaannya sebagai, contoh di setiap negeri akan ada satu jenis makanan warisan yang hanya terdapat di negeri tersebut itu.

Sebagai contoh, di negeri KELANTAN atau suatu masa dulu juga dikenali sebagai negeri Che Siti Wan Kembang. Di negeri Kelantan ini terdapat satu jenis makanan yang sangat sinonim dengan kegemaran masyarakatnya iaitu “Nasi Kerabu”. Di mana didalam nasi kerabu ini antara bahan yang dimasukkan ialah “budu” dan ia dimakan bersama dengan ulam-ulaman.

Uniknya makanan ini, ialah nasinya berwarna biru dan antara bahan-bahan lain yang dihidang bersama ialah lada sumbat,sambal ikan, isi kelapa yang digerong dan dikisar.

Pada kebiasaannya, nasi kerabu dimakan bersama pelbagai lauk-pauk antaranya , ialah daging bakar,ayam bakar,ikan yang bersalut tepung dan macam-macam lagi. Ia juga sesuai dijamah pada bila-bila masa sahaja tidak kira siang ataupun malam.


Jadi kepada anda yang tidak pernah merasai keenakan nasi kerabu ini, bolehlah mencubanya sendiri dan sudah pasti ianya tidak akan menghampakan anda semua. Dan kepada mereka yang bercadang untuk pergi ke negeri Kelantan, singgahlah sekejap dimana-mana gerai atau restoran yang ada menyediakan sajian ini untuk mencuba dan menikmati sendiri kelazatan makanan warisan negeri Che Siti Wan Kembang ini. Selamat mencuba!!!! 

Posted by.
Siti Fatimah binti Che Mohd Saufi



MAKANAN TRADISIONAL NEGERI SABAH

Makanan bagi sesuatu kaum merupakan identity dan pengenalan bagi sesuatu kaum. Terdapat banyak jenis makanan dalam masyarakat Kadazan dusun. Biasanya kita dapat melihat pelbagai jenis hidangan ini di musim perayaan seperti Pesta Kaamatan yang dirayakan setiap tahun iaitu 30 dan 31 Mei. Selain perayaan, biasanya suku kaum Kadazan dusun yang tinggal di kampung, masih mengamalkan cara masakan atau hidangan secara tradisional ini. 



Kita juga dapat melihat dan merasa hidangan seumpama ini pada masa upacara seperti perkahwinan dan majlis lain di adakan oleh suku kaum Kadazan dusun.




Sesungguhnya makanan tradisional bagi kaum Kadazan dusun ini amat berbeza dari kaum yang lain terdapat di negeri Sabah. Selain makanan ini lazat, sudah tentu ianya juga mempunyai keunikannya yang tersendiri.Masyarakat Sabah telah dianugerahkan dengan pelbagai jenis makanan. Ini adalah kerana keadaan semulajadi bentuk muka buminya banyak membekalkan sumber pencarian makanan. 


Contohnya, laut dan sungai yang dibekalkan dengan pelbagai jenis ikan, udang dan sebagainya, hutan rimba yang ditumbuhi dengan pelbagai jenis tumbuhan liar, herba, buah-buahan dan di diami pelbagai jenis hidupan liar. Masyarakat tempatan Sabah telah memperkenalkan pelbagai jenis makanan tradisi. Kebiasaan ini diamalkan oleh lebih dari tiga puluh golongan etnik yang mana lebih dipengaruhi dengan cara hidup dan keadaan persekitaran tempat tinggal etnik tertentu. 

Masyarakat kaum Kadazan dusun di Sabah telah mengamalkan cara pemakanan Tradisi sejak turun-temurun dan masih diamalkan sehingga hari ini. Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazan dusun ialah Hinava, Noonsom, Pinaasakandan Sup ManukLihing. Makanan-makanan ini dapat disediakan dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi Kaum Kadazan dusun. Antara makanan-makanan tradisional yang ‘Famous’ di sabah ialah seperti dua gambar yang ditunjukkan di atas. Bagi gambar yang pertama ialah dipanggil ‘Ambuyat’ atau lebih dikenali sebagai Sagu. Makanan ini diperbuat daripada bebola sagu. Ia boleh disediakan dalam 2 langkah. Letak air panas, kacau. Dan boleh terus dimakan. Jika hendak lebih sedap, boleh dimakan dengan kuah kari, sambal dan macam-macam lagi, mengikut kehendak sendiri. Gambar yang kedua pula dipanggil ‘Hinava’.


Dengan nama lain pula, ‘Kadazan homemade sushi’! Konsep makanan tersebut hamper sama dengan Sushi, tetepi kenalah letak beberapa bahan-bahan serta ramuan yang lain agar menambah rasa makanan tersebut. Selain itu, banyak lagi makanan tradisional yang terdapat di Sabah seperti Kuih cincin, Tuhau(Sabah homemade sambal), Bambangan(Jeruk manga), dan macam-macam lagi. Aramaiti!


Posted by,
Mohd Fadzlini Bin Ghani

MAKANAN TRADISIONAL NEGERI TERENGGANU


Assalamualaikum..Dalam blog ni, saya akan berkongsi sedikit tentang tradisi makanan bagi negeri Terengganu, iaitu Nasi Dagang. Dimana Nasi Dagangi ni sangat terkenal di Terengganu, malah menjadi salah satu daya tarikan pelancong untuk datang ke Terengganu. Nasi Dagang juga menjadi buah mulut orang ramai tentang keenakan dan keunikan rasanya..

NASI DAGANG NEGERI TERENGGANU..!!!


Nasi dagang sememangnya terkenal dan merupakan hidangan istimewa di negeri pantai timur khususnya Negeri Terengganu “kiter”. Kebiasaannya nasi dagang asli Terengganu diperbuat daripada campuran beras pulut dan di masak bersama-sama santan. Hidangan ini biasanya dihidangkan dengan gulai istimewa yang di masak dengan rempah khas. Rasanya pun berlainan daripada kari biasa, kerana ikan yang digunakan dari jenis ikan “aya hitam” atau bahasa mudah ikan tongkol, dan ditambah keceriaannya lagi, dengan acar timun.

 Mengikut sumber yang saya perolehi daripada google, asalnya kenapa di namakan nasi dagang kerana nasi ini cuma mempunyai satu lauk sahaja,  iaitu gulai ikan tongkol. Selain itu, nasi dagang juga mudah disediakan untuk para pedagang pada zaman dahulu untuk pergi berdagang tanpa perlu  menyediakan lauk pauk yang banyak.

Nasi dagang bukan sahaja terkenal di negeri Terengganu, malah di negeri lain juga mempunyai gaya penyediaannya tersendiri yang diolah daripada nasi dagang asli Terengganu. Antara nasi dagang yang terkenal dari negeri lain juga ialah Nasi Dagang Johor, dan Kelantan. Perbezaan nasi dagang Kelantan dengan Terengganu ialah nasi dagang Kelantan biasanya bewarna coklat kerana menggunakan beras berbeza yang dikenali sebagai ‘beras dagang’. Di negeri Johor pula, nasi dagangnya menggunakan kuah laksa sebagai kuah pilihan, berbeza dengan negeri Terengganu yang mengenakan gulai ikan tongkol sebagai kuah.

Okey! Itu sahaja yang dapat saya kongsikan tentang Nasi Dagang Terengganu. Akhir kata, bagi mereka yang tidak pernah merasa keenakan nasi dagang asli negeri Terengganu, anda bolehlah datang melawat keTerengganu bersama keluarga atau rakan untuk menikmatinya..! Sememangnya, terdapat banyak restoran di negeri Terengganu yang menyajikan nasi dagang, terutamanya di daerah Marang, Terengganu.  














Posted by : SITI NOOR ZULAINI BT SETAPA 

MAKANAN TRADISIONAL NEGERI SEMBILAN


Masakan tradisional Negeri Sembilan yang terkenal dengan cita rasa eksotiknya mampu menjadi produk pelancongan jika pengusaha hotel dan resort menyajikannya sebagai menu utama tarikan di restoran mereka.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, negeri ini kaya dengan pelbagai jenis masakan tradisional termasuk buah-buahan tempatan yang sewajarnya diperkenalkan kepada pelancong domestik mahupun asing.


Di antara makanan tradisional Negeri Sembilan yag terkenal ialah rendang. Di dalam penyediaan rendang, terdapat beberapa jenis bahan yang boleh dibuat rendang. Bahan-bahan tersebut terdiri daripada daging, kerang, burung dan sebagainya. Rendang daging biasanya tidak dicampurkan dengan bahan-bahan sampingan. Namun begitu dalam keadaan tertentu, terdapat juga bahan-bahan seperti nangka, maman dan pucuk ubi. 

Rendang dimasak sehingga kering dan tidak langsung berkuah (berderai). Jenis daging yang baik untuk membuat rendang ialah daging kerbau, ayam, itik, burung, pelanduk, napuh, kijang dan rusa kecuali daging lembu. Ini adalah kerana akan menjadi kurang cantik kerana sukar untuk kering di mana dagingnya mempunyai banyak air. Rendang yang dimasak dengan cara yang betul boleh disimpan lama seperti rendang kerbau di Rembau.

Terdapat juga makanan tradisional lain di negeri ini, antaranya ialah kuih apam johol. Apam Johol dahulunya dikenali sebagai apam daun rambai, kerana proses pembuatannya menggunakan daun pokok itu. Ia dikatakan berasal dari Johol kerana terdapat banyak pengusaha dan pembuat makanan itu. Apam Johol sering kali dijadikan juadah minum petang termasuk pada majlis-majlis rasmi kerajaan negeri sehinggakan ada yang merasakan tidak lemgkap sesuatu juadah itu tanpa kehadiran apam Johol.

Apam ini juga mampu menarik sesiapa sahaja dengan baunya yang wangi, bentuknya yang gebu dan lembut, selain rasanya yang tidak terlalu manis. Selain itu, apam ini mempunyai sedikit rekahan di bahagian atas dan sangat enak dimakan bersama kuah sambal, rendang, bubur kacang, kuah daging dan kuah durian.


Posted by,
MOHD IMRAN BIN RAMLI